Thursday, April 29, 2010

Lupa


Sesiapa yang pernah mengalami faham maksud aku.

Jumaat memang mengantukkan.

Tambahan lagi semalam berjaga tengok Gerrard and the geng lawan menantu Maradona and the geng.

Kalah. seperti yang dijangka. Tapi takpe. Kalah bermaruah. Kalau away goal.

Takpe, jangan terbawak-bawak. It just football. Kalau menang kita raya hindu. kalau kalah kita carry on dengan life macam biasa.

jadi hari ni pukul 12.30 aku dah mula ngantuk tahap gaban.

Aku pun decide ok thats it. hari ni cuti sembahyang Jumaat.

Aku pun susuk kerusi. Pasang kipas dan mula merebahkan badan ke sofa buruk itu.

Dalam hati aku berdoa agar Tuhan maafkan aku. Kalau orang lain tembak kanak-kanak tak berdosa pun boleh dimaafkan, apatah lagi aku ni. eceh.

Tiba-tiba handphone berbunyi. Ada sms. Aku tersengih. Aku rasa aku tahu siapa yang sanggup membuang lima sen untuk sms aku itu.

"Dude, jom" tulis sms itu.

Aku pun turun kebawah. dia dah ready nak tumpang aku naik motor.

Biasanya memang kami berdua pi solat Jumaat. dan dengan dia aku takde alasan untuk tidak pergi sembahyang Jumaat.

Tengah jalan aku cakap. Baru aku teringat.
"Aiseyman. Aku lupalah mandi wajib pagi tadi"Kataku. AKu tak bohong. memang ada sesuatu yang berlaku pagi tadi.
"Gila kau. Kau buat apa malam tadi"
"Tengok bola"
"Tengok bola pun boleh kena mandi wajib. kau stim tengok Kyut ke ?" katanya. dan aku hanya boleh ketawa. Siot je.
"kau hantar aku , lepas tu balik mandi. Pastu datang sembahyang ok. Jangan tak datang"
Aku mengangguk.

Aku hantar dia depan pintu masjid. Kemudian aku bergerak pergi. beberapa orang tua melihat aku dengan muka yang bengis.

Aku tak boleh lupa pandangan itu.

Monday, April 5, 2010

Oscar Wilde dan kata-kata hikmahnya.


Ngantuknya.

Monday Blues memang gampang. Sampai opis je dah ngantuk. tu belum musim World Cup lagi tu.

Aku akui aku apa masalah baru. Obese.

Kegemukan.

Ini baru bagi aku kerana sebelum ini aku kurus macam Rosyam Noor dalam Gila-Gila Remaja.
Dan sekarang aku macam Afdlin shauki dalam semua filem yang dia berlakon.

Bukan senang jadi obese ni. nak tidur payah, nak makan payah. Nak main futsal pun orang pandang atas bawah.

Lelaki yang tak seksi bukanlah lelaki. kata Oscar Wilde. Walaupun Oscar Wilde tu pun kira gemuk, tapi takpe dia boleh cakap macam tu sebab dia gay.

Aku ni? nak kata aku gay pun orang tak percaya , nak cakap aku ni Heterosexual pun orang pandang lekeh.

Orang gemuk kemaluan kecil, kata mereka melawak.

Aku diam je. Tak mampu aku melawan.

Aku cuma pergi ketandas dan menangis perlahan-lahan.

Thursday, April 1, 2010

Fuck April Fool and God Save The Queen

Fuck April Fool, you fool,

and,
God Save The Queen.

Happy Birthday Elizabeth.