Thursday, May 20, 2010

Nightmare On Elm Street 2010: Entah Ape Ape Ntah....


Tengok betis dia.....

New Nightmare On Elm Street yang teramatlah kurengnya....

The original A Nightmare on Elm Street yang ada Johnny Depp hero kegemaran kita tu.

Freddy Krueger original Robert Englund yang klasik, perutnya nampak boroi dan londeh sikit. baru scary. Freddy Kruger baru takde unsur-unsur clown. Butohlah Freddy.


Ah Malam Jumaat bagi lelaki yang solo macam aku ni tak boleh nak tidur awal.

nanti lain jadinya.

Lainlah kalau aku dan ada bini kat rumah. Tapi sebaliknya aku solo molo.

Duduk rumah sorang-sorang nak buat apa? main Monopoly? gila kau.

Aku tak tahu nak buat apa kat rumah. Nak pergi Afrika World Cup belum start lagi.

jadi aku pun bawak BMW aku ke panggung wayang. mana tahu ada awek cun yang nak kongsi popcorn dgn aku?

Aku ni hooligan. Lelaki ganas. Lelaki ganas kena tengok wayang ganas.

Eh takkanlah aku nak tengok wayang Andartu terlampau tu. Gila apa lu ni? Gua hardcore ok, mana boleeh layan filem romantik macam tu......Kalau gua tengok filem tu, malulah nak jadi hooligan kena gelak nanti.

Gua tengok Nightmare On Elm Streetlah beb. Muka gua pun ada cam Freddy Krueger sikit kan.

Kalau Nightmare yang pertama mematikan karier Robert Englund, Nightmare 2010 ni pula akan mematikan karier Jackie Earle Haley yang aku suka lakonannya dalam Little Children dan juga Watchmen dan juga Shutter Island.

Urgh! Boringnya filem ni. Better yang 1984 punya. Itu classic. yang ni total rip off.

yang 1984 at least ada jugak scene romen-romen. yang ni takde lansung. nama je filem Amerika. Konon dah ada moral ah selepas Obama jadi Perdana Menteri ni.

Teruk betul. Geli-geli pun takde. Ni filem Amerika ke filem Arab?

Gua balik rumah kecewa beb. sedih tau, sedih.
Dah le pikir takde awek lagi. Pi tengok wayang filem pulak entah apa-apa. sedih tau sedih.

Thursday, May 13, 2010

Jumaat Blues


Penyanyi lagu jiwang ni


hari Jumaat ni gua rasa nak layan jiwang sekejap.

Nyanyi lagu ni bersama-sama ok.
Part Chorus tu jerit ramai-ramai allright?

one....two.....three.......



Ada Sesuatu Ingin Kukatakan
Kuharap Engkau Dapat Mengertikan
Selama ini Dirimu Kusayang
Walaupun Kau Tidak Percaya

Tak Guna AKu Memaksa Dirimu
Untuk Percaya Segala KataKu
Kiranya Engkau fahami HatiKu
Tentunya Kau Akan Menyedari

AKu Merasa Sungguh Indah Bersamamu Tiap Waktu
Kita Bermesra

Marah dan Sayang
Rajuk dan Rindu
Walaupun Kita Pernah Merasa Terluka dan Terkilan
Namun HatiKu Masih Menyintaimu Sayang

Alangkah Indah Kehidupan Ini
Seandai Engkau Terus BersamaKu
Kiranya AKu Menyinggung Hatimu
Maafkan DiriKu

Oh Sayang

AKu Merasa Sungguh Indah Bersamamu Tiap Waktu
Kita Bermesra

Marah dan Sayang
Rajuk dan Rindu
Walaupun Kita Pernah Merasa Terluka dan Terkilan
Namun HatiKu Masih Menyintaimu

Sayang

Alangkah Indah Kehidupan Ini
Seandai Engkau Terus BersamaKu
Kiranya AKu Menyinggung Hatimu
Maafkan DiriKu

Oh Sayang

Andainya AKu Hilang Di Matamu
IngatKu Dalam Doamu

Tuesday, May 11, 2010

Malek Ridzuan


Cukup sampai disini sayang
Relakan perpisahan ini
Walau berat dihati dan berat perasaan
Tempuh dengan ketabahan


Bukan kita tak saling cinta

Bukan kita tak saling sayang
Bersenang dan berduka
Bertemu dan berpisah itu kehendaknya juga

Telah ku tempuh bla bla bla bla



Otai macam Shamsul Ghau Ghau je tau lagu ni ok.
tahun 1982, theres only two hype thing in the world.
First; Liverpool.
Second; Malek Ridzuan.

Kalau perempuan nyanyi lagu Gaya Zakry, yang laki lembut akan nyanyi M Daud Kilau.
Hanya yang cool sahaja akan jadi sayu bila mendengar lagu Malek Ridzuan ini.
Aku antara yang cool.

Aku tak cakap Malek Ridzuan paling cool ye. Please.
Tapi gambar cover album gigit lalang tu dan baju ropol-ropol antara imej yang paling sebati dalam arena pop.

Actually Ben Nathan pun curi konsep yang sama untuk album pertamanya. baring dalam lalang semak. Tapi takde siapa boleh lawan original idea Malek Ridzuan.

Selamat hari jadi Malek Ridzuan.

Wednesday, May 5, 2010

rasa Letih sebab Pekerja Indon itu tak Senyum Walau aku ambik nasi lauk Ayam dan Pegedel


Omak ai letihnya.

Kadang-kadangn rasa nak pi laut dan telanjang je. terjun dan mandi puas-puas.

Dunia makin panas. Aku tak tahan. Biasa aku kat London dulu sejuk sikit. Cuaca dinegara kelahiran aku ni panas melampau. Agaknya orang sini selalu buat dosa kot?

Entahlah.

kadang-kadang rasa give up jugak nak hidup.
Kerja banyak. Tapi rasa tak dihargai.

Everyday is the same old shit.

pergi kerja beli nasi lemak.

Tengahari pergi makan digerai pekerja Indon yang tak reti lansung nak senyum walaupun aku ambik ayam dan pegedel.

Aku cuba kira dalam sehari berapa banyak orang senyum kat aku.

kadang-kadang rasanya berbulan takde lansung.

Mungkin itu sebab aku tengok The Office berulang kali pun tak jemu.
Ada sesesuatu tentang senyuman Rickie Gervais yang membuatkan hidup aku lebih bahagia.

dan juga gambar awek diatas.

Monday, May 3, 2010

Im Jogging Man


Ah letih. Letih.

Ahad. bangun je pagi aku pikir nak jogging.kena exercise. Malam nanti nak tengok Liverpool beat Chelsea pulak. So kena tough.

Aku pun terus mandi.

Pakai traksuit. Pakai baju sukan Nike tu. Pasang Ipod ditelinga. Tanpa breakfast aku terus keluar rumah.

Aku pun jogging. Beriya ni jogging. tak cakap banyak punya.
Peluh berterabur kat telinga dan menitik-nitik tengah jalan.

Panjat bukit panjat tanah tinggi.

Bila penat aku jalan.

Bila depan ada awek cun aku jogging lagi. Beriya jogging ni.

2 jam je jogging. Cukuplah tu. Bulan depan dapatlah 6 pac.

Sampai kat rumah isteri aku tanya.
"Abang pi mana?"
"Jogginglah. mana lagi" kata aku mengesat peluh.

"Betul ke abang jogging ni?"
Aku mula mengucap panjang. "Betullah saya jogging awak ingat saya pi mana?"

"baik abang cakap betul-betul. betul ke abang pi joogging?"
"Betullah pi jogging"
"Abang cakap betul-betul. betul ke awak pi jogging?"
Apa maksud isteri aku tu? Apa yang dia cuba sampaikan?
Aku terus mengesat peluh lagi. Lidah aku kelu.
Bila tak tahan kena asak Lalu aku pun jawab.
"Hehe takdelah. saya tak jogging. Saya jalan kaki je"

AKu tak boleh tipu isteri aku.