Sunday, October 24, 2010

Review Kelantan vs Kedah di Stadium Sultan Mohammad ke 4

"Dengan hanya sebelah tangan dia menolak bola itu keluar"

"Kuat tangan dia"


Amboi teruknya pengulas Astro ni.

Sunday, October 17, 2010

Liverpool 3 Everton 1 di Goodison Park

Liverpool kalah lagi.

Kali ini awal2 aku dah reminds diri sendiri yang walau apa pun terjadi aku tak akan kecewa dan berputus asa.

Bola is bola is bola is ball.

Tengok Liverpool masuk kepadang pun aku dah boleh agak yang mereka akan kalah.

Bila Everton score sebijik, aku terus ke peti ais dan makan aiskrim.



Dan hari ini di pejabat, aku pakai ear phone 24 jam......sakit hati wey kena bahan.

Friday, October 8, 2010

Mengenang Magik 5 tahun dahulu.


Liverpool team sandarkan pada kenangan? lol. Takpelah apasalahnya kalau kenangan itu indah kan?

Mari kita tengok apa yang terjadi 5 tahun dahulu.

sempena dengan Magik di Istanbul maka peminat-peminat Liverpool buat filem ini untuk mengenangkan hari bersejarah itu.

Hai Diana :)

Monday, October 4, 2010

Hey!


Arsenal kalah lagi....eh silap Liverpool kalah lagi.

ranking paling teruk since Malaysia Merdeka, kata mereka.

Ni baru lawan blackpool, belum lagi lawan Everton minggu depan.

Belum lagi lawan Arsenal.
Belum lagi lawan Chelsea.
Belum lagi lawan Spurs.

Man u takpayahlah risau sangat, Torres pejam mata pun boleh score.

So aku tak gentar dengan Man U. Aku gentar dengan team2 kecik macam Wolves, Wigan, West Ham, Newcastle dan juga West Broom.

Takdenak salah sape. Kalau player main buruk takde salah sape dah.

Salahkan bola yang tak masuk gelanggang lawan.

Sampai bila nak harapkan Gerrard je. Esok lusa Stevie G mungkin dah tak larat berlari dah.
Takkan nak panggil Ian Rush dan John Barnes balik plak.

Yang pentingnya fan Liverpool kena bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan untuk relegation.

Nak masukkan King Kenny balik? tak payahlah. Bir legend hanya jadi legend. Biar idol terus jadi idol. Ada sebab kenapa Pele tak dilantik jadi manager Brazil.

Ada lagi 31 game. Apa-apa boleh jadi.

yang penting jangan terkejut kalau Liverpool kalah lagi. Ini memang tahun-tahun yang muram.

Ada yang dah mula rindu pada Benitez? haha......

Wednesday, September 22, 2010

Happy Birthday Gunner Boy


Happy Birthday Pipiyapong (nama yang diambil dari Piyapong Pue On barangkali. Mengalahkan Selangor 6-0 Liga Semi Pro tahun pertama (tapi tak cukup kuat untuk beat Kuala Lumpur di Semi Final. Kalah dengan gol Azman Adnan)

Aku doakan Arsenal menang Champs League tahun depan.

Sunday, September 19, 2010

Abang Gerrard, u sepak 40 yards, u strong and kuat, Steve Gerrard Gerrard

Aku sebenarnya taknak bercakap pasal bola. Bola bukanlah religion.

At least bukan pada aku.

Tapi Liverpool kalah lagi.

bagi aku Liverpool takdelah kalah. This is a bad time foro them.

2 gol dari gerrard sebenarnya sudah cukup membuatkan aku happy.

Kira cuak gak ah Man U. Mengingatkan kepada kebangkitan Liverpool di Istanbul.

tapi akhirnya...seperti yang aku jangka, Liverpool kalah 3-2.

Takpe, kalah melawan dan bukannya berserah bulat-bulat.

At least bukan 4-0 macam Argentina kena dengan German.

Sekali lagi abang Gerrard juga yang menjadi harapan. haish.

bagaimana pula bila abang Gerrard sudah tua nanti? Dia sekarang pun dah lepas 20.

nak jadi macam Foo Kok Keong? Inzaghi?

Sampai bila Liverpool nak harap pada abang Gerrard je?

Ah aku malas bercakap tentang bola....terutama bila team aku kalah. Hihihi.

Yang penting sekarang adalah untuk terus stay loyal.

Bukan macam kebanyakan fan Man U yang macam lalang.

Mereka hanya support Man U bila team ni menang je.

And most of them are posers anyway. lol.

Fuck it. Bola is ball.

baik aku bercerita tentang life yang penuh dengan liku-liku ni.



Hmmm....on second thought, maybe later.

Monday, September 6, 2010

Checklist Sebelum Balik Raya.

1) masukkan mesin basuh dalam rumah.

2) tutup tingkap.

3) kunci pagar dengan mangga baru.

4) Siram pokok bunga buat kali terakhir.

5) kunci semua pintu.

6) air tin yang tak habis minum bawak balik kampung.

7) suis elektrik semua tutup. Kecuali peti ais.

8) Bayar zakat.

9) bawak kamera.

10) bawak balik baju budak kecik.

11) Pecah duit syiling nak bagi bebudak.

12) cucuk duit ATM siap-siap.

13) Berus gigi dan ubat gigi jangan tinggal.

14) Pastikan semua kunci tak tinggal.

15) Pastikan air kereta cukup.

16) Angkat baju jemuran.

17) Beli Lemang.

18) Bayar Zakat.

19) Songkok jangan lupa.

20) Bagi makan ikan.

21) Cari channel Suria FM.

22) Beli ayam.

23) Sampin pastikan yang berkilat.

24) Beli seluar baru.

25) Beli tepung Mazolla.

26) pasang panjut kalau rumah masih ada pelita.

27) beraya rumah ketua kampung.

28) Buang air bertakung nanti jentik jentik membiak.

29) Roti yang luput tarikhnya buang kat tong sampah. Dan semua makanan yang tarikh dah luput.

30) Pastikan semua paip air dah tutup.

31) Flush toilet.

32) Ingat semua checklist ni.