Thursday, April 29, 2010

Lupa


Sesiapa yang pernah mengalami faham maksud aku.

Jumaat memang mengantukkan.

Tambahan lagi semalam berjaga tengok Gerrard and the geng lawan menantu Maradona and the geng.

Kalah. seperti yang dijangka. Tapi takpe. Kalah bermaruah. Kalau away goal.

Takpe, jangan terbawak-bawak. It just football. Kalau menang kita raya hindu. kalau kalah kita carry on dengan life macam biasa.

jadi hari ni pukul 12.30 aku dah mula ngantuk tahap gaban.

Aku pun decide ok thats it. hari ni cuti sembahyang Jumaat.

Aku pun susuk kerusi. Pasang kipas dan mula merebahkan badan ke sofa buruk itu.

Dalam hati aku berdoa agar Tuhan maafkan aku. Kalau orang lain tembak kanak-kanak tak berdosa pun boleh dimaafkan, apatah lagi aku ni. eceh.

Tiba-tiba handphone berbunyi. Ada sms. Aku tersengih. Aku rasa aku tahu siapa yang sanggup membuang lima sen untuk sms aku itu.

"Dude, jom" tulis sms itu.

Aku pun turun kebawah. dia dah ready nak tumpang aku naik motor.

Biasanya memang kami berdua pi solat Jumaat. dan dengan dia aku takde alasan untuk tidak pergi sembahyang Jumaat.

Tengah jalan aku cakap. Baru aku teringat.
"Aiseyman. Aku lupalah mandi wajib pagi tadi"Kataku. AKu tak bohong. memang ada sesuatu yang berlaku pagi tadi.
"Gila kau. Kau buat apa malam tadi"
"Tengok bola"
"Tengok bola pun boleh kena mandi wajib. kau stim tengok Kyut ke ?" katanya. dan aku hanya boleh ketawa. Siot je.
"kau hantar aku , lepas tu balik mandi. Pastu datang sembahyang ok. Jangan tak datang"
Aku mengangguk.

Aku hantar dia depan pintu masjid. Kemudian aku bergerak pergi. beberapa orang tua melihat aku dengan muka yang bengis.

Aku tak boleh lupa pandangan itu.

2 comments:

Jarr said...

kalau mcm aku yg almost tiap tiap minggu lupa junub macam mana?risau aku la penyakit gini...hish.

[ a D D y ] said...

susah kan nak mandi wajib..

cuma perlu niat pun susah..

~psycho